Sunday, September 19, 2010

SPIRULINA HALAL

Algae Beracun.

Selain dari kawalan terhadap kehadiran logam-logam berat & kehalalan spirulina,  Spirulina yang dihasilkan  boleh  mendatangkan bahaya jika wujud bersamanya  algae beracun, walau bagaimanapun kehadiran algae ini boleh dikenal pasti melalui ujianan tertentu dan dikawal supaya tidak membiak.


Pembenihan Spirulina.

Pada peringkat permulaan saya telah berjaya memperolehi  benih spirulina  dari  US dalam kuantiti yang sangat sedikit iaitu 100 ml dan sekarang telah membiak menjadi 5000 ml dalam masa dua minggu.


 

Saturday, September 4, 2010

Spirulina Halal

Spirulina yang membiak dalam air kumbahan Khinzir tidak akan mengandungi protein khinzir tetapi ia  akan bersentuhan secara langsung dengan najis Khinzir dan menyerap air dan ‘nutrient’nya untuk membiak. Oleh it Certification untuk mendapatkan  khalalan spirulina bukan menghantar sample spirulina kering ke Lab-lab untuk memastikan ia mengandungi protein / lemak babi, kerana ia memang tidak mengandungi protein/lemak babi. Jika mana-mana pengedar Spirulina menghantar Sampel kering ke mana-mana badan bertauliah  sudah tentu ia akan memperolehi  pengesahan halal. Pengesahahan halal hanyalah melalui pemantauan berterusan di kawasan penternakan dari jabatan yang terlibat. 

    Urea boleh dihasilkan secara  'synthesis' dari karbon dioksida dan gas Ammonia menghasil kan (NH2)2CO (urea). Jika beberapa langkah teknikal tidak diambil, tindabalas berbalik boleh berlaku dengan pembebasan gas Ammonia yang boleh membunuh kesemua algae.

Halal Spirulina

Penternakan Spirulina

Pada asasnya Spirulina seperti tumbuhan yang lain, ia memerlukan cahaya matahari, Karbon dioksida, Hidrogan dan Oksigen dari air, makro dan mikro nutrien disamping kealkalian medium. Pendedahan kepada Cahaya matahari yang berterusan pada peingkat permulaan boleh membunuh algea. Kekurangan Karbon dioksida boleh berlaku jika reaktor atau kolam mempunyai rekaan yang salah.Sel- sel spirulina akan pecah berderai jika medium yang disediakan terlalu pekat atau terlalu cair.Manakala yang paling merbahaya ialah kewujudan Ammonia yang boleh membunuh kesemua algea. Ammonia boleh terhasil dari pereputan bahan organic atau urea. Pembebasan gas ammonia boleh dikawal dengan pengambilan beberapa langkah tertentu.

Halal Haram Spirulina


Urea adalah nutrien yang sangat penting untuk membekalkan Nitrogen untuk sintesis protein. Urea boleh diperolehi dari hasil kumbahan manusia atau haiwan atau dari sintesis kimia. Untuk menurunkan kos penternak akan menggunakan hasil kumbahan haiwan seperti Khinzir yang kaya dengan pelbagai bahan nutrien selain Urea.   








         

Thursday, September 2, 2010

Penyelidikkan yang saya jalan kan tergendala selama 6-7 tahun dengan beberapa peralatan yang telah dibeli terutamanya microscope berharga RM 3000 dengan perbelanjaan sendiri tanpa mengambil kira kos-kos lain. Sepanjang tahun -tahun tsb.  banyak perkembangan baru dalam penternakkan ini, saya mendapati Thailand  telah lebih terkehadapan mungkin di  Asia dan telah menjadi salah satu Industri sekarang ini. India telah bergerak lebih awal dengan bantuan Antenna Teknologi. tetapi mungkin hanya berupa projek hiliran untuk mengatasi kekurangan zat makanan di negara tersebut. Manakala di Malaysia 4-5 tahun lepas IPTA di negara ini baru mula berjaya membiak spirulina ini. Ada unversiti telah memperolehi peruntukan dari MOSTI untuk penyelidikan ini, tak perlulah saya komen banyak tentangnya. Saya harus bergerak sendirian sebagai mana petani-petani  fertigasi moden di Malaysia. 

  Sebenarnya ada beberapa faktor yang menarik minat saya untuk menternak algae atau bahasa melayunya rumpai air.

1. Pada  10 tahun lepas harganya  sangat mahal
2 Walau pun harga nya telah jauh lebih rendah sekarang tetapi kandungan vitamin, protein,mineral dan  klorofil  tidak berkurangan.
3.Kegunaannya yang boleh diperluaskan
4.Bilangan populasi manusia kian meningkat  walhal manusia tetap memerlukan makanan untuk hidup. Oleh  itu Spirulina akan menjadi satu punca makanan yang dapat membekalkan zat yang sangat baik dan mencukupi untuk manusia.
5. Penternakan nya tidak memerlukan kawasan yang sangat luas.
6.Perubahan iklim dunia yang drastik akan berlaku disbbkan pencemaran dunia, banyak kawasan atau negara tidak dapat mengeluarkan makanan spt padi, gandum, jagung dan kentang menjadikan bahan tsb akan meningkat harganya.  
7. Secara jelas di Malaysia penternakan Spirulina masih merangkak.
8. Banyak produk Spirulina yang di import telah diwar-war kan halal, tetapi yang pasti tiada mata yang melihat cara ia diternak.
9. Keadaaan iklim yang tiada halangan di Malaysia.
10. Mengikut arus perkembangan 'Biotech' di Malaysia


   

Wednesday, September 1, 2010

     

Spirulina Halal

Sebenarnya ada juga beberapa factor halangan dalam penternakan Algae ini.


  1. Medium mestilah menggunakan air bersih tanpa Klorin dan  perlu di uji kandungan airnya terlebih dahulu.

  1. Penyediaan medium beralkali  dalam julat pH 8-11, ini sudah tentu melibatkan kos.

  1. Faktor hujan yang agak kerap di Negara ini, memerlukan kolam peternakan ditutup secara tetap atau berubah-ubah  tetapi mestilah menggunakan bahan yang lutsinar untuk pencahayaan fotosintesis, ini juga memerlukan kos permulaan yang besar.

  1. Penyediaan baja yang sesuai, iaitu kandungan logam –logam berat  mestilah dalam julat yang selamat, ini penting jika Spirulina adalah untuk makanan manusia. Mencari baja yang sesuai adalah suatu kerja yang agak teknikal memerlukan pengetahuan Kimia.

  1. Baja-baja yang sesuai sukar didapati di Malaysia, walaubagaimanapun ia boleh diatasi jika seseorang itu mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang Kimia.

  1. Memperolihi sumber Nitrogen. Biasanya petani menggunakan  Nitrate , sama ada sodium atau potassium nitrate, tetapi nitrate logam tidak kos effektif jika penternakan  berskalar besar, oleh itu urea menjadi pilihan, disini lah yang menentukan  halal / haram  spirulina tsb.    

  1. Pembuangan  sisa yang perlu dirawat terlebih dahulu, ini juga melibatkan kos jika tidak dilihat secara teknikal.  


Halal Spirulina

Sebagai seorang islam saya rasa bertanggung jawab  untuk menyelsai  permasalahan tersebut. Saya telah lama melakukan penyelidikan lebih kurang sembilan tahun lepas. Pada peringkan awal saya cuba mendapatkan benih dari universiti tempatan tetapi gagal, kerana saya kira  masing-masing ada  kepentingan.  Seterusnya saya cuba mencari yang hidup secara natural ditasik -tasik yang saya kira sedikit beralkali disekitar perak dan air payau di Port  Dick juga masih tak berhasil.

Spirulina Halal

Spirulina yang diimport masih belum pasti kehalallan dan kebersihannya. Adalah menjadi tanggungjawab kita bagi mencari atau menternak spirulina yang halal. Walaupun di pasaran telah banyak spirulina yang dijual dan diwar-warkan sebagai halal tetapi mereka semua mengimport spirulina tersebut daripada luar negara. Walaupun kajian banyak dilakukan oleh Universiti tempatan tetapi sehingga kini masih belum ada yang berani untuk mengkomersialkan secara besar-besaran.